A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan 2023 di Bazar Ramadhan Presint 3, Putrajaya

24 Mac 2023 -YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan tinjauan ke bazar Ramadan dan melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan 2023 di bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan meneruskan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan meliputi kempen keselamatan makanan yang komprehensif bagi memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti.

Pemantauan ini termasuk pemeriksaan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pada 2022, sebanyak 19,951 premis makanan telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 premis makanan yang tidak bersih telah dikenakan tindakan penutupan.

Di samping itu, sebanyak 1,030 notis kompaun juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 ini juga bertujuan untuk melindungi kesihatan awam dan mempromosi amalan keselamatan makanan dalam kalangan penjual dan pengguna. Tema yang dipilih bagi tahun ini adalah “Sama-Sama Perhati & Pilih Juadah Di Bazar Ramadan”.

Penggunaan kod QR bagi Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Putrajaya turut diperkenalkan sebagai medium bagi memudahkan pengguna untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar-bazar di Putrajaya. Inisiatif kod QR ini akan meliputi seluruh negara dan akan diadakan secara berperingkat.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta laman media sosial Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, YBrs. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud Presiden dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

 

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2023-04-07 11:52:32 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page