A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu Sabah.

8 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.

KK Luyang merupakan KK pertama yang dilawati dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Sabah. Kedatangan beliau di sini telah disambut oleh YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan YBrs. Dr. Lee Wai Khew, Pakar Perunding Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik Kesihatan Luyang.

KK Luyang telah mula beroperasi sejak 15 Mac 1999 dan ia juga merupakan Klinik Kesihatan pertama di Sabah yang mengamalkan konsep ‘one-stop centre’. KK Luyang dikategorikan sebagai Klinik Kesihatan Jenis 2 dan dianggarkan menerima seramai 800 orang pesakit sehari.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah seperti:

1. Klinik Pesakit Luar;
2. Klinik Ibu dan Anak;
3. Klinik Dada (TB & Kusta);
4. Klinik Berhenti Merokok;
5. Pemeriksaan Perubatan;
6. Klinik Virtual;
7. Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga (FMS);
8. Klinik STI (Sexual Transmitted Infection);
9. Perkhidmatan Sokongan: Fisioterapi dan Terapi Cara kerja, Dietetik,
Pemakanan, Sosial Perubatan, X Ray, Makmal, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan Bahagian Pentadbiran;
10. Saringan Kesihatan – Outreach, Kem Kesihatan;
11. Perkhidmatan di Komuniti – Perawatan Domisiliari, Lawatan rumah MCH, Pusat Permulihan 
Dalam Komuniti (PDK), Institusi Jagaan Warga Emas.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Wan Hashim Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), KKM YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, dan YBrs. Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-04-19 11:37:48 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page