A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Kota Kinabalu, Sabah

8 April 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Kota Kinabalu, Sabah.YB Menteri Kesihatan telah disambut dan diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Marcus Netto, Pengarah HWKKS.

HWKKS merupakan hospital kerajaan pertama yang diperoleh dan diubahsuai daripada hospital swasta. Sebelum ini, hospital tersebut dikenali dengan nama Hospital Likas dan diubah menjadi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 9 Ogos 2009.

HWKKS merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk Sabah adalah berkualiti dan komprehensif serta dikendalikan oleh kakitangan yang profesional, cekap dan prihatin.

YB Menteri Kesihatan turut mengambil peluang untuk beramah-mesra dan menyantuni pesakit-pesakit yang berada di HWKKS.

Turut hadir YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Wan Hashim Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), KKM, YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, dan YBrs. Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-04-19 12:17:56 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page