A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan YB Menteri Kesihatan Ke Tapak Projek Naik Taraf Hospital Papar, Sabah

9 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas- Tugas Khas) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Naik Taraf Hospital Papar, Sabah.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau perkembangan Projek Naik Taraf Hospital Papar di samping menjalankan pemantauan ke atas kemajuan pelaksanaan projek berkenaan.

Projek Naik Taraf Hospital Papar ini adalah komitmen Kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan memastikan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah lebih terpelihara, khususnya bagi penduduk Papar. Justeru, dengan terbinanya bangunan baharu Hospital Papar ini akan dapat membantu lebih 100,000 ribu penduduk di daerah Papar serta kawasan sekitar bagi mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan lebih selesa.

Project ini melibatkan pembinaan wad dengan pertambahan 84 katil yang merangkumi Wad Pediatrik, Wad Wanita & Wad Lelaki. Selain itu, perkhidmatan yang bakal disediakan kepada pesakit termasuk Kecemasan & Trauma, Pengimejan (X-Ray), Farmasi Satelit, Dewan Pembedahan dan Jabatan-jabatan serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

Keseluruhan kapasiti katil bagi Hospital Papar akan meningkat kepada 161 katil apabila projek ini siap. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam memperkasakan dan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada semua terutamanya penduduk di Sabah melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan fasiliti perubatan yang terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir, YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, YBrs. En. Wan Hashim Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan), KKM, YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, dan YBrs. Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-04-19 12:22:50 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page