A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Kunjungan Hormat Daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun

14 April 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia.

TYT Takahashi Katsuhiko merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pelantikan YB Dr. Zaliha Mustafa sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dan peranan sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili rantau Pasifik Barat 2022-2023.

Sesi kunjungan hormat tersebut juga telah membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Jepun terutamanya dalam aspek kesediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan di masa hadapan. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kerjasama erat ini akan membantu persediaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam merangka Kertas Putih Kesihatan.

Sejurus selepas sesi kunjungan hormat, TYT Takahashi Katsuhiko telah menyampaikan plak kepada YB Dr Zaliha Mustafa sebagai simbolik penyerahan sumbangan peralatan rantaian sejuk dan kenderaan bernilai USD1 juta daripada Kerajaan Jepun.

YB Dr. Zaliha Mustafa merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas sumbangan, dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang menyelaras perolehan sumbangan tersebut sebagai sebahagian daripada “Last One Mile Support” daripada rakyat Jepun kepada rakyat Malaysia dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Sumbangan merangkumi alat pemantau tanda vital (vital signs monitor), defibrilator AED, beg penyimpanan rantaian sejuk, beg kecemasan, sarung tangan pakai buang (disposable gloves), kenderaan 4WD dan komputer riba bertujuan untuk menambah baik rantaian sejuk di Asia Tenggara dan Barat Daya serta negara-negara Rantau Pasifik yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Diharapkan sumbangan ini akan memberi impak yang besar kepada hubungan dua hala dan pelbagai hala yang berterusan di antara Malaysia, Jepun dan UNICEF.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-04-19 15:13:16 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page