A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Pelancaran Buku Framework On Traditional And Complementary Medicine (TCM)

14 April 2023 - YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan pelancaran buku Framework on Traditional and Complementary Medicine (TCM) Research in Malaysia dan Guideline for Herbal Medicine Research di Institut Kesihatan Negara.

Buku Framework on T&CM Research in Malaysia diterbitkan sebagai rujukan dan panduan untuk pihak berkepentingan yang berminat dalam pelaksanaan dan penilaian penyelidikan PT&K di Malaysia.

Dokumen Guideline for Herbal Medicine Research pula merangkumi tatacara penyelidikan dalam membangunkan produk herba berasaskan bukti saintifik.

Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) merupakan perubatan yang telah diamalkan sejak turun temurun dan memberi manfaat serta sumbangan yang penting dalam penjagaan kesihatan rakyat di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited dalam menjamin keselamatan dan kualiti perkhidmatan PT&K kepada orang ramai.

Penerbitan buku dan garis panduan ini diharapkan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan di samping memperkukuh jalinan kerjasama dan kolaborasi pelbagai pihak seiring dengan hasrat KKM dalam melestarikan bidang PT&K untuk kebaikan dan manfaat semua rakyat Malaysia.

Turut hadir, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-04-19 15:33:11 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page