A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (Sesi Petang)

9 Mei 2023 – YB Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2022 Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia pada sesi Di sebelah petang.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 merupakan salah satu penghargaan dan pengiktirafan oleh kerajaan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerja yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2022. Pada sesi sebelah petang seramai 385 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diraikan.

YB Lukanisman menyatakan bahawa selaras dengan frasa “Saya yang menjalankan amanah”, kita perlu menghayati setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab sebagai amanah yang perlu digalas secara ikhlas. Kementerian amat memerlukan warga kerja yang profesional, progresif, kreatif, inovatif, berketerampilan dan bijaksana untuk bersama-sama mencapai matlamat memberikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBrs. Puan Norli Binti Karim, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KKM.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-05-15 01:07:55 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page