A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Long Lama, Miri,Sarawak

15 Mei 2023 - YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melawat Klinik Kesihatan (KK) Long Lama, Miri, Sarawak.

Semasa lawatan ini, YBrs. Dr. Haniff bin Abdullah, Pegawai Kesihatan Miri telah memberikan taklimat ringkas berhubung situasi dan keadaan tapak klinik kesihatan Long Lama dan turut membawa YB Timbalan Menteri
untuk melihat sendiri kesan insiden tanah runtuh / hakisan dan kerosakan yang berlaku di Klinik Kesihatan ini sejak Julai 2020 yang lalu.

Kejadian pergerakan tanah runtuh masih lagi aktif di kawasan tersebut dan sehingga kini, semua pesakit telah dirujuk ke Dewan Masyarakat Long Lama yang berdekatan, yang dijadikan Klinik Kesihatan sementara.

YB Timbalan Menteri memandang serius akan permasalahan terutamanya projek-projek yang berstatus kritikal dan menekankan keperluan yang perlu diambil serta beberapa cadangan yang dinyatakan dilihat berpotensi untuk diambil tindakan segera bagi memastikan KK Long Lama dapat beroperasi dan memberikan sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

YB Lukanisman turut melawat dan beramah mesra dengan pesakit serta petugas- petugas di Klinik Kesihatan Sementara di Dewan Masyarakat Long Lama.

Turut hadir adalah YB Dato Anyi Ngau, Ahli Parlimen Baram, En.Mohd Rashidi bin Yahaya, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan, Pegawai JKR Miri dan Dr. Janarisa Mustar May, Pakar Kesihatan Keluarga KK Long Lama.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-05-30 15:11:35 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page