A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 691

Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan Ke Klinik Kesihatan Manir, Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu

16 Mei 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menghadiri lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Manir, Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kedatangan beliau telah disambut oleh YBhg Dato’ Dr. Hjh Kasemani Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan YBrs. Dr. Maira Hasan, Pakar Perubatan Keluarga merangkap Ketua KK Manir.

YB Menteri Kesihatan terlebih dahulu membuat lawatan ke Kabin Unit Kesihatan Keluarga (MCH), KK Hiliran yang telah dipindahkan lokasinya buat sementara waktu ke KK Manir.

Di samping itu, beliau turut melawat dan menyantuni pesakit-pesakit yang hadir ke klinik ini serta petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada penduduk setempat.

Kemudian, YB Menteri Kesihatan telah diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan isu-isu pembangunan yang sedang dihadapi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Terdapat 68 Klinik Kesihatan daif yang telah dikenalpasti dan akan diberi perhatian serius oleh KKM.

YB Menteri Kesihatan mengambil perhatian serius terhadap masalah-masalah yang dihadapi ini. Beliau juga berharap isu ini dapat dibaik pulih dengan lancar agar perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat tidak terjejas dan dapat diberikan dalam keadaan yang terbaik dan selesa.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Nor Fariza Ngah, Ketua Jabatan Oftalmologi dan Ketua Unit Clinical Research Centre, Hospital Shah Alam Menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM dan YBrs. Dr. Rozita Halina Tun Hussein Pengarah Bahagian Perancangan, KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-05-30 15:51:07 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page