09 / 05 / 24 | 3:51 am

Header

Permohonan / Penggantian Sijil Dan Transkrip

 

PERMOHONAN / PENGGANTIAN SIJIL DAN TRANSKRIP AKADEMIK INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM)
 
1. Siapakah yang layak memohon sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Semua pelatih ILKKM yang tamat latihan sejak tahun sesi 2005 layak memohon sijil dan transkrip akademik ILKKM.
 
2. Apakah syarat – syarat penganugerahan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Pelatih Insitut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lulus peperiksaan tahun akhir.
Menamatkan pengajian Program di ILKKM dalam tempoh yang ditetapkan.
 
3. Bagaimanakah saya hendak memohon sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Sijil dan transkrip yang hilang atau rosak boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:
 
i. Datang ke Unit Peperiksaan dan Pensijilan
 
Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter Unit Peperiksaan dan Pensijilan yang terletak di Aras 3, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM, Menara Prisma, Putrajaya dengan membawa bersama - sama dokumen lengkap. (Senarai Dokumen di soalan 4)
 
ii. Diwakili oleh pihak ketiga
 
Pemohon boleh mewakilkan permohonan sijil dan transkrip akademik kepada pihak ketiga dengan syarat, pihak ketiga membawa bersama – sama salinan Kad Pengenalan pemohon, dokumen lengkap dan surat wakil (laman portal Bahagian Pengurusan Latihan.
 
iii. Permohonan melalui pos
 
Permohonan melalui pos dengan cara melengkapkan Borang Permohonan BPL-KKM/UPP-01 bersama - sama dokumen sokongan dan dipos ke alamat berikut:
 
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3&6, No 26 Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
Presint 3, 62675 Putrajaaya
(u/p : KPSUK Unit Peperiksaan dan Pensijilan)
 
 
Borang Permohonan boleh didapati di kaunter Unit Peperiksaan dan Pensijilan atau dimuat turun dari portal Bahagian Pengurusan Latihan. Setiap permohonan dikenakan bayaran proses sebanyak RM50.00. Bayaran boleh dibuat menggunakan Kiriman Wang (Money Order) atas nama KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”. Cek persendirian tidak diterima.
 
4. Apakah dokumen yang perlu disertakan bagi permohonan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Borang permohonan BPL-KKM/UPP-01
Salinan Kad Pengenalan pemohon (disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
Salinan Pendaftaran Lembaga (yang berkaitan)
Salinan sijil (permohonan transkrip)
Laporan polis (bagi permohonan dokumen yang hilang)
Sampul surat Pos Laju beralamat sendiri saiz “A4” bagi tujuan penghantaran
 
5. Bilakah tarikh tutup permohonan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Permohonan dibuka sepanjang tahun
 
6. Berapakah bayaran dikenakan untuk permohonan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Percuma untuk kali pertama.
 
 
7. Bolehkah saya mendapatkan salinan gantian sekiranya saya kehilangan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Bayaran RM50 dikenakan bagi setiap keping sijil atau transkrip.
 
8. Berapa lamakah masa untuk mendapatkan sijil dan transkrip akademik ILKKM selepas membuat permohonan?
 
30 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen lengkap diterima oleh Unit Peperiksaan dan Pensijilan, Bahagian Pengurusan Latihan KKM
 
9. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Unit Peperiksaan dan Pensijilan, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM untuk sebarang pertanyaan berkaitan sijil dan transkrip akademik ILKKM?
 
Hubungi melalui emel : upp.bpl@moh.gov.my

 

Kemaskini pada 2023-07-11 09:48:03 daripada Admin BPL

  •  
  • Print
  • Email this page