Selamat Datang Ke Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
 
 
     
Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa  
header_new__logo

COVID-19 (Temujanji Atas Talian)

 

kolaborasi-kkm-swasta

Kolaborasi KKM-Swasta
appoinment

Temujanji Atas Talian

bookdoc

BookDoc Webinar

 

 

TEMUJANJI ATAS TALIAN


 

  1. Kelebihan Sistem Temujanji Atas Talian​
    Kemudahan 24 jam: memudahkan pelanggan untuk mendapatkan akses kepada sistem.
    Menjimatkan masa: pelanggan tidak perlu menunggu lama sewaktu waktu puncak di klinik kesihatan.
    Kepuasan pelanggan: pelanggan boleh memilih slot waktu yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
     
  2. Jenis Perkhidmatan
    Perkhidmatan sistem Online Appointment ini adalah untuk kes-kes ringan dan walk-in sahaja. Temujanji penyakit kronik (diabetes, darah tinggi, asma dan seumpamanya) dan temujanji kes MCH hendaklah mengikut temujanji klinik yg telah ditetapkan. Bagi kes-kes kecemasan, hendaklah segera mendapatkan rawatan tanpa menempah slot temujanji ini.

     
  3. Tempoh pelaksanaan
    1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020
     
  4. Tempahan Slot Temujanji
    Pelanggan yang ingin menempah slot akan menggunakan sistem aplikasi yang dikenalpasti sepertimana di pautan yang disediakan.
    Pelanggan dibenarkan memilih mana-mana slot temujanji, paling lewat 1 hari sebelum tarikh temujanji yang dipilih. Seterusnya pelanggan akan menerima peringatan (reminder) melalui emel dari aplikasi
    Bagi pelanggan yang ingin menukar atau membatalkan slot temujanji yang sudah ditempah, boleh kembali merujuk kepada website/mobile application untuk tempahan semula.
    Pelanggan perlu hadir ke klinik sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu temujanji yang ditempah, bagi menjalani saringan COVID-19, pendaftaran di kaunter, dan triage sebelum dipanggil untuk konsultasi
    .
     
  5. Penafian
    Semua pelanggan yang menggunakan sistem online appointment dianggap telah bersetuju (implied consent) apabila menggunakan perkhidmatan ini.
    Semua maklumat pelanggan akan dijaga kerahsiaannya.
    Pelanggan yang hadir ke klinik kesihatan masih perlu melalui saringan (triage) gejala COVID-19 di kaunter hadapan. Sekiranya pelanggan mempunyai gejala berkaitan dan tidak melepasi saringan, tempahan slot temujanji terbatal dan mesti mengikut arahan yang ditetapkan oleh pegawai bertugas untuk rawatan selanjutnya
    Pelanggan yang tidak mengikuti waktu temujanji tidak akan diberikan slot baru dan perlu menempah slot pada hari berikutnya (sekiranya perlu).
    Bagi urusan bayaran caj perkhidmatan adalah mengikut Akta Fi semasa.



     
SENARAI KLINIK TERLIBAT

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Lembah Pantai 1. KK Tanglin
  2. KK Petaling Bahagia
     
Kepong 1. KK Jinjang
  2. KK Sentul
  3. KK Batu
     
Putrajaya 1. KK Presint 9
  2. KK Presint 18
  3. KK Presint 14
  4. KK Presint 11
     
Cheras 1. KK Cheras
  2. KK Cheras Baru
  3. KK Sungai Besi
  4. KK Bandar Tun Razak
     
Titiwangsa 1. KK Keramat
  2. KK Kuala Lumpur
  3. KK Setapak
  4. KK Kampung Pandan

 



SENARAI PAUTAN PANTAS


 

KAWASAN

PAUTAN

Putrajaya

DoctorOnCall

Lembah Pantai
dan Kepong

KKM Encore Med

Cheras

Pautan umum: https://qmed.asia/booking

KK Cheras - https://qmed.asia/kkc

KK Cheras Baru - https://qmed.asia/kkcb

KK Bandar Tun Razak - https://qmed.asia/kkbtr

KK Sg Besi - https://qmed.asia/kksb

Titiwangsa

BookDoc


Kemaskini pada 2020-05-20 09:45:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page