Bahagian Kejururawatan
Pengenalan
Bahagian Kejururawatan bertanggungjawab dalam
- mengawal selia regulatori kejururawatan melalui
-
pendaftaran
- perlesenan
- prosiding tatatertib.
- peperiksaan Lembaga Jururawat dan Lembaga Bidan
- penggubalan/pindaan akta/peraturan
-
- amalan kejururawatan yang memenuhi standard dan etika
- mengukuhkan kompetensi melalui latihan, privileging, kredentialing
- membangun/menyemak garis panduan,polisi yang berkaitan kejururawatan
- pengurusan sumber manusiatadbir urus profesion kejururawatan
- pemantauan kompetensi, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan melalui indikator kualiti
Visi, Misi & Objektif
Visi
Bersama-sama menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik melalui kecemerlangan profesionalisma kejururawatan
Misi
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan:
- Memajukan profesyen kejururawatan ke tahap nilai yang tinggi
- Meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik mentaliti kelas pertama
- Mengurus isu kejururawatan secara konstruktif dan produktif
- Menambahbaik dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan .
- Meningkatkan serta mengukuhkan mekanisma implementasi dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan.
Fungsi
- Meningkatkan produktiviti dalam latihan dan perkhidmatan kejururawatan.
- Menjana sumber-sumber baru dalam teknologi dan pengetahuan, service intensive, ICT dan kepakaran kejururawatan.
- Memperkukuhkan Sistem Pentadbiran Kejururawatan.
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan diberi makluman dan penjelasan yang tepat
- Slip Keputusan Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan Lembaga Bidan Malaysia (LBM) dihantar melalui email kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pengisytiharaan keputusan peperiksaan.
- Memastikan proses dan pengeluaran sijil-sijil menepati tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Perakuan Pendaftaran Jururawat akan dikeluarkan dan dihantar ke Pemberi Pendidikan Tinggi Kejururawatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas menerima borang permohonan yang lengkap.
- Permohonan Sijil Perakuan Pengalaman Jururawat Tahunan (APC) yang lengkap dan diterima sebelum 30hb September akan diproses sebelum 31hb Disember pada tahun semasa.
- Sijil Perakuan Pengalaman Sementara/Temporary Practising Certificate (TPC) dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan dan Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Kelayakan LJM bagi permohonan baharu Jururawat Terlatih Warga Asing (JTWA).
- Kelulusan Mata Continuous Professional Development (CPD) akan dimaklumkan kepada penganjur/pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum program dijalankan.
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Kejururawatan,
Aras 3, Blok E7,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
62590 Putrajaya.
Tel : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8890 4149
E-mel :
Laman Web : https://hq.moh.gov.my/nursing/
Capaian: 36284











