Alat Kebolehcapaian
Bahagian Kewangan KKM terbahagi kepada tiga (3) cawangan utama, masing-masing dengan fungsi khusus:
Menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera Kerajaan.
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
KKM menyediakan peruntukan di bawah Tabung Bantuan Perubatan (TBP) untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi membiayai sebahagian atau sepenuhnya, kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitiasi dan ubat-ubatan. Antara disiplin perubatan yang disenarai di bawah TBP adalah seperti Kardiologi, Ortopedik, Respiratori, Surgeri dan Rehabilitasi.
Pemohon yang layak mendapat bantuan TBP adalah pesakit warganegara Malaysia yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital KKM dan Pusat Perubatan Universiti Awam dan merupakan golongan kurang berkemampuan atau golongan B40.
Pesakit perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital terlibat. Permohonan akan dimajukan melalui Sistem Tabung Bantuan Perubatan (STBP) oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) berdasarkan penilaian sosio-ekonomi pesakit dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Tabung Bantuan Perubatan.
Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan:
Pesara dengan kod AP (Pesara Persekutuan); AS (Pesara Polis); AT (Pesara tentera); AB (Pesara Badan Berkanun yang disandarkan oleh JPA); AX (Pesara Kesihatan Persekutuan); AZ (Pesara Kesihatan Tentera);
BP (Balu/duda Pesekutuan / Kesihatan Pesekutuan); BS (Balu/duda Polis); BT (Balu/duda Tentera); BB (Balu/duda Badan Berkanun yang disandarkan oleh JPA).
Mantan Ahli Parlimen yang memegang kad rawatan yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia.
Pesara Hakim yang menerima pencen atau faedah lain di bawah Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45] dan memegang Kad Pesara Hakim dan Kad Pesara Pasangan Hakim.
Syarat dan peraturan bagi permohonan kemudahan perubatan bagi Pesara Awam Persekutuan adalah seperti yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Kemudahan Perubatan Versi 1.0 (2024).
Senarai pesara Badan Berkanun yang disandarkan ke JPA ialah Lembaga Pelabuhan Klang; Lembaga Pelabuhan Bintulu; Lembaga Pelabuhan Johor; Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang; Lembaga Pelabuhan Kuantan; Lembaga Letrik Negara; Lembaga Padi dan Beras Negara; Perbadanan Pembangunan Bnadar; Institut Piawaian Standard Malaysia; Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara; Bank Pertanian Malaysia; Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara; Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka Pahang dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Semua permohonan tuntutan perbelanjaan ubat, alat perubatan dan rawatan perubatan (selain rawatan dialisis) pesara Awam Perskutuan dan tanggungan yang layak yang telah diperakukan oleh Pakar Perubaan Hospital Pengajar/Universiti perlu dikemukakan kepada Hospital Pengajar tersebut untuk proses tuntutan bayaran balik.
Panel Dialisis perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Kewangan KKM berdasarkan senarai semak yang ditetapkan seperti telah memperolehi Lesen (Borang 4) daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) untuk mengendalikan atau menyediakan Kemudahan atau Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta. Pemohon boleh berhubung dengan Pihak Bahagian Kewangan KKM untuk mendapatkan senarai semak tersebut bagi memohon dilantik sebagai panel Pusat Dialisis di bawah KKM.
Pesara boleh memohon perbelanjaan mendapatkan rawatan kecemasan di pusat perubatan atau hospital swasta ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada rawatan kecemasan yang diperlukan itu adalah serta-merta dan tidak boleh ditangguhkan lagi bagi menyelamatkan nyawa. Rawatan kecemasan ini memerlukan pengesahan pakar perubatan swasta. Dalam keadaan jarak hospital Kerajaan dan hospital swasta adalah sama, pesara perlu pergi ke hospital Kerajaan.
Pengenaan caj kepada warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. Caj yang dikenakan adalah:
Setiap prosedur yang dibuat oleh doktor / pakar dikenakan caj berasingan sepertimana termaktub dalam Perintah Fi tersebut.
Semua pesakit warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan, kecuali golongan yang telah diberikan pengecualian daripada bayaran.
Bukan semua perkhidmatan kesihatan dikenakan caj. Perkhidmatan imunisasi tertentu tidak dikenakan apa-apa caj semasa berlakunya wabak yang diisytiharkan di bawah mana-mana perundangan.
Semua Penjawat Awam dan Pesara Awam adalah tidak tertakluk kepada bayaran caj perkhidmatan, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam, kecuali Penjawat Awam Negeri, dan Badan Berkanun Negeri. Mohon rujuk Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Caj suntikan selain daripada demam kuning dan hawar adalah RM5.00 bagi setiap suntikan. Kanak-kanak warganegara di bawah umur 7 tahun (pra sekolah) tidak dikenakan caj imunisasi dan vaksinasi.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan surat peringatan dan sekiranya masih tiada bayaran, notis perundangan akan dikeluarkan.
Alamat:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Malaysia
Tel : 03 - 8883 3269 / 3099 / 3032 / 3362
Laman Web : https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/261?mid=239