Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pengenalan

Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang cekap dan berkesan dari segi:

 

  1. Khidmat Pengurusan Am iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran, Psikologi dan Kaunseling serta Hal Ehwal Islam.
  2. Kewangan dan Pengurusan Aset serta Keselamatan.
  3. Kualiti dan KPI merangkumi Inovasi serta Tugas Khas dan EKSA.
  4. Pengurusan Sumber Maklumat dan Rekod.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Bahagian terunggul dalam menyampaikan khidmat pengurusan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi

Melaksanakan perkhidmatan sokongan dan memberi nasihat dalam bidang khidmat pengurusan supaya semua aktiviti Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dilaksanakan dengan cemerlang bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Objektif

Untuk menyediakan khidmat pengurusan yang cekap, berkesan dan mesra pelanggan.

Piagam Pelanggan

  • Mengagihkan semua waran peruntukan kecil dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan waran asal.
  •  
  • Pembayaran gaji dan elaun bagi anggota-anggota Ibu Pejabat yang baru dilantik dan bertukar masuk serta perubahan gaji dan elaun bagi anggota sedia ada dilaksanakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh menerima surat kebenaran dan dokumen-dokumen berkaitan.
  •  
  • Semua bil dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  •  
  • Memastikan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia diadakan selewat-lewatnya pada bulan Mac supaya penyampaian keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia dilaksanakan pada selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan April. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan selewat-lewatnya bulan Jun dan pergerakan gaji bulan Julai.
  •  
  • Memastikan faedah persaraan diterima oleh pesara selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) bulan selepas persaraan.
  •  
  • Memastikan semua aduan kerosakan kecil / kebersihan bangunan diselesaikan oleh syarikat penyelenggaraan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan diterima sekiranya tidak diselesaikan, laporan akan dihantar kepada pihak JKR.
  •  
  • Memproses kelulusan penyewaan ruang pejabat dalam masa lapan (8) bulan daripada tarikh permohonan yang lengkap.
  •  
  • Memproses penghantaran semua surat dari Bahagian-bahagian Ibu Pejabat :
  •  
  • Surat pos biasa dihantar ke Pejabat Pos selewat-lewatnya pada jam : 3.00 petang setiap hari, Surat pos laju dipungut selewat-lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari, Penghantaran cepat (dispatch) bergerak pada jam 9.30 pagi setiap hari.
  •  
  • Menyediakan pas keselamatan dan menyerahkan kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
  •  
  • Pemakluman keputusan permohonan penggunaan kenderaan dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh permohonan diterima.
  •  
  • Memaklumkan keputusan permohonan ke luar negara bagi urusan rasmi (perjalanan kurang daripada dua (2) minggu) dan urusan persendirian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  •  
  • Memaklumkan keputusan permohonan menganggotai Pasukan Perubatan yang akan berkhiamat di Tanah Suci pada musim haji dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tutup permohonan.
  •  
  • Memberi perkhidmatan sesi kaunseling secara serta-merta bagi permohonan klien sukarela.

Carta Organisasi

CO-BKP-2026

Soalan Lazim

Dalam proses kemaskini.

Hubungi Kami

Alamat:

Aras 4,7 Dan 8,
Blok E7,Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

 

Tel     : 03 - 8000 8000

custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html