Bahagian Pemakanan
Pengenalan
Bahagian Pemakanan adalah di bawah Program Kesihatan Awam yang berfungsi:
- Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, promosi dan pemulihan pemakanan.
- Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM).
- Pembangunan, advokasi dan pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan.
- Menyediakan perkhidmatan pemakanan komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat.
Visi, Misi & Objektif
Visi
Menjadi peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.
Misi
Untuk mencapai tahap kesejahteraan pemakanan penduduk Malaysia, Bahagian Pemakanan akan:
- Membangun dan melaksanakan program pemakanan yang berkesan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
- Mengintegrasikan pemakanan ke dalam dasar dan program pembangunan negara.
- Mempertingkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan aktiviti pemakanan.
- Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat.
Objektif
- Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
- Mempromosi amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan.
Piagam Pelanggan
- Bahan maklumat berkaitan pemakanan bayi yang menepati senarai semak penapisan kod kelulusan diberi maklum balas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Tata Etika dalam tempoh 14 hari selepas tarikh mesyuarat
- Memastikan semua aduan yang diterima, diurus dan diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima
- Memastikan semua pertanyaan yang diterima, diurus dan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja
- Keperluan 7 hari latihan untuk semua penjawat awam dalam Bahagian akan dipenuhi setiap tahun
Soalan Lazim
Dalam proses kemaskini.
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya
Tel : 03 - 88924503/4556
E-mel :
Laman Web : https://hq.moh.gov.my/nutrition/
Capaian: 8709











