Bahagian Perkembangan Perubatan
Pengenalan
Bahagian Perkembangan Perubatan bertanggungjawab untuk penetapan dasar dan pelaksanaan, perancangan dan pembangunan perkhidmatan perubatan.
Objektifnya adalah untuk menyediakan perkhidmatan perubatan komprehensif yang menyokong penjagaan kesihatan primer, selaras dengan dasar dan piawaian Kementerian Kesihatan (KKM), dengan memanfaatkan teknologi yang sesuai ke arah mencapai peningkatan kesihatan dan kualiti hidup penduduk.
Fungsi Bahagian dilaksanakan oleh 5 Cawangan/unit utama iaitu :
- Cawangan Pembangunan Perkhidmatan Perubatan,
- Cawangan Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal,
- Cawangan Pembangunan Profesional Perubatan,
- Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia, dan
- Unit Penilaian Teknikal Kumpulan Wang Bantuan Perubatan.
Visi, Misi & Objektif
Misi
- Bahagian ini berusaha memastikan perkhidmatan perubatan berkualiti, komprehensif, efisyen, berkesan, selamat, berteknologi sesuai, mudah dilanggani, mampu dibiayai dan responsif kepada keperluan masyarakat
Fungsi
- Merancang pembangunan perkhidmatan pakar dan pengurusan perubatan.
- Menentukan keperluan dasar dan gubal dasar untuk pembangunan perkhidmatan pakar dan pengurusan perubatan.
- Memastikan penerapan dan penghayatan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan perubatan.
- Mewujudkan piawaian dan norma sistem penyampaian untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat.
- Menjalankan penilaian teknologi kesihatan untuk memastikan penggunaan teknologi kesihatan yang kos efektif, selamat dan sesuai di Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Merancang dan menyelaras aktiviti pembangunan dan kemajuan profesion kesihatan perubatan dan bersekutu.
- Bekerjasama dan menyediakan perkhidmatan perundingan kepada agensi/jabatan di dalam dan luar Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memberi input teknikal kepada urusetia Tabung Bantuan Perubatan di Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Piagam Pelanggan
Dalam proses kemaskini.
Soalan Lazim
Dalam proses kemaskini.
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Perkembangan Perubatan,
Aras 7, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03 - 8000 8000
Capaian: 8959











