Alat Kebolehcapaian

Bahasa Melayu

Tetapan Bahasa

W3C

Image
Image
Image
Image

Program Kesihatan Awam

Pengenalan

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) adalah sebahagian daripada perancangan pengukuhan program kesihatan mental yang memerlukan satu platform yang menyeluruh dan komprehensif bagi memberi input dan hala tuju dasar dan polisi program kesihatan mental kebangsaan.

Visi, Misi & Objektif

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bahagia , berdaya tahan dan produktif dengan kesejahteraan sosial , emosi dan rohani dalam persekitaraan keluarga dan komuniti yang menyokong.

Misi
  • Mempromosikan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam masyarakat.
  • Mengurangkan kesan stigma yang berkaitan dengan masalah kesihatan mental dan penyakit mental.
  • Mengelakkan masalah kesihatan mental dan penyakit mental.
  • Memastikan perkhidmatan kesihatan mental adalah holistik , saksama , berfokuskan masyarakat , berasaskan bukti dan boleh diakses oleh semua
  • Mengoptimumkan pemulihan daripada masalah kesihatan mental dan penyakit kesihatan mental yang mengakibatkan integrasi semula awal ke dalam komuniti.
  • Menjamin hak individu yang mengalami masalah kesihatan mental dan penyakit mental.
Objektif
  • Mewujudkan satu pusat peneraju koordinasi kebangsaan bagi kesihatan mental dalam aspek pencegahan & advokasi , pembangunan modal insan , perkongsian sumber, penyelidikan , pemantauan dan survelan kesihatan mental secara menyeluruh meliputi awam dan swasta .
  • Memperkukuhkan program sedia ada dan membangunkan program pencegahan bersasar yang efektif serta berimpak tinggi bagi membina keupayaan perkhidmatan kesihatan mental komuniti yang lestari.
  • Menterjemahkan penyelidikan berdasarkan pembuktian saintifik untuk tujuan pembangunan polisi.

Piagam Pelanggan

Dalam proses kemaskini.

Carta Organisasi

co-sspa_2

Soalan Lazim

Dalam proses kemaskini.

Hubungi Kami

Alamat:

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental (NCEMH),

Aras 6, Blok B, Quill 18,

Lingkaran Teknorat 3 Barat, Cyber 4,

63000 Cyberjaya, Selangor.

 

Tel     : 03 - 4801 1113
Faks   : -
E-mel : ncemh[at]moh[dot]gov[dot]my

Laman Web : https://sites.google.com/moh.gov.my/ncemh

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html