
Visi, Misi & Teras
Visi, Misi & Teras

Objektif
Meningkatkan Taraf Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
- Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
- Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Visi
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihata
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
mengutamakan pelanggan
saksama
tidak membebankan
cekap
wajar mengikut teknologi
boleh disesuaikan mengikut persekitaran
inovatif
Dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat
Capaian: 23245










