Alat Kebolehcapaian
| Notis Sebut Harga | Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada semua kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) ATAU Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) ATAU Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) serta mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan yang masih sah. |
| Kategori Perolehan | KERJA |
| Tajuk Sebut Harga | KERJA-KERJA PEMODENAN LIF BERUSIA DI HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG |
| Gred, Kategori & Pengkhususan |
DIWAJIBKAN berdaftar dengan:
1) CIDB – Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred: G4 - G7 Kategori: ME Pengkhususan: M03
DAN
2) CIDB – Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred: G4 - G7 Kategori: ME
ATAU
3) Pusat Pendaftaran Kontraktor-kontraktor Kerja, Bekalan Dan Perkhidmatan Negeri Sabah – PUKONSA Kelas: C Tajuk: III Tajuk Kecil: 2
ATAU
4) Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juru Perunding Sarawak – UPKJ Kelas: BX atau C Kepala: V Sub-kepala: 4
DAN
5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) - Sijil Taraf Bumiputera (STB) Gred: G4 - G7 Kategori: ME |
| No. Sebut Harga |
NO. SEBUT HARGA: KKM.BPKJ/2026/LIF/PP-01 |
| Harga Dokumen (RM) | 0 |
| Tarikh & Tempat Taklimat Tapak |
Taklimat sebut harga adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:
TARIKH: 25 Mei 2026 (Isnin) TEMPAT: Auditorium, Aras 4, Blok ACC, Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang.
MASA: 10.00 pagi
Dokumen Asal dan Salinan yang perlu dibawa bersama semasa taklimat tapak adalah seperti berikut:
Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil SPKK / PUKONSA / UPKJ & STB yang dibenarkan menghadiri taklimat tapak tersebut di atas. |
| Lampiran | KERJA-KERJA PEMODENAN LIF BERUSIA DI HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG.PDF |
Dokumen boleh diperolehi di:
TEMPAT: Auditorium, Aras 4, Blok ACC, Hospital Pulau Pinang, Pulau Pinang.
TARIKH: 25 Mei 2026 (Isnin)
MASA: (Selepas taklimat tapak)
Tempat, Tarikh & Masa Tutup Sebut Harga
Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri bertajuk ‘KERJA-KERJA PEMODENAN LIF BERUSIA DI HOSPITAL PULAU PINANG, PULAU PINANG. (NO. SEBUT HARGA: KKM.BPKJ/2026/LIF/PP-01)’ dalam Peti Sebut Harga / melalui perkhidmatan pos / kurier ke :
TEMPAT:
Sektor Pentadbiran dan Kewangan, Aras 7, Blok E3, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA
TARIKH:
25 Jun 2026 (Khamis)
MASA:
Sebelum 12.00 tengah hari