MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Jun 2011
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN JUN, 2011.

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Jun, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,010 kompaun yang bernilai     RM 438,600.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM434.25 tiap kompaun. Sejumlah 137 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama 40 kes  telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM15,820.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM395.50 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Jun  tahun  2011   keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah  sejumlah 7554 yang bernilai RM3,254,330.00. Sejumlah 893  kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  545  kes  telah diselesaikan  oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM115,980.00  denda  telah dikenakan.

 

2).     Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 5,729  lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,175  kompaun bernilai RM 245,180.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM208.66 tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Jun  tahun  2011, daripada 36,143   lawatan pemeriksaan, sejumlah 6,736 kompaun  telah dikeluarkan  bernilai   RM1,474,405.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

 Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Julai 2011

Ditambah pada 28-07-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran