Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Panduan Pengguna



1. PANDUAN MELAYARI PORTAL KKM Klik di sini

2. PANDUAN W3C BAGI PENGGUNA KURANG UPAYA (DISABILITY ACCESS)

Laman web KKM menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. 

 

A) Pengguna cacat penglihatan;

 

Pasangkan aplikasi Page Reader pada komputer pengguna. Contoh Page Reader untuk pengguna browser Chrome boleh di muat turun di sini


1.Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Window2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2.Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Garis panduan lengkap kebolehcapaian lama web menggunakan W3C boleh di rujuk di sini.

 

B) Pengguna buta warna;

 

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman laman web KKM. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Normal, Merah, Biru dan Hijau 

Warna templet halaman laman web KKM akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.

 

C) Pengguna warga tua;

 

Bagi pengguna warga tua, laman web KKM ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza 

Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman laman web KKM. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

 

3. PANDUAN MENGGUNAKAN RSS

Apa itu RSS?

 

RSS atau RDF Site Summary merupakan keluarga format penyuap web yang digunakan bagi mengemas kini kandungan tajuk berita atau podcasts. Dokuman RSS, yang dikenali sebagai "feed", "penyuap web - web feed", atau "channel", mengandungi samaada ringkasan kandungan dari tapak laman berkait atau teks penuh. RSS menjadikannya mudah bagi orang ramai menjejak tapak web kegemaran mereka secara automatik yang lebih mudah berbanding menjejak secara manual.

 

Kandungan RSS boleh dibaca dengan menggunakan perisian dikenali sebagai "pembaca RSS", "pembaca penyuap (feed reader)" atau "aggregator". .

 

Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda.  Anda boleh melanggan kepada penyuap dengan memasukkan pautan penyuap pada pembaca atau mengklik pada ikon RSS pada pelayar yang memulakan proses berlanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/

 

RSS di Portal KKM

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal KKM bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh KKM. Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak

2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)

3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai KKM dengan lebih cepat dan berkesan

4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini

 

Langkah-langkah Installasi RssReader

Langkah 1:

  1. Muat turun install Microsoft.NET framework terlebih dahulu jika anda tidak menggunakan Windows 2003 atau versi Windows XP yang terkini.
  2. Cara yang paling mudah adalah dengan Windows update atau lawati Microsoft How to Get the .NET Framework 1.1 .


Langkah 2:

Muat turun RssReader 1.0.88.0 berikut: rssreader.zip atau rssreader.exe

 

Langkah 3:

  1. Install RssReader.
  2. Jika anda muat turun versi .zip unzip fail tersebut terlebih dahulu dan run setup.exe .
  3. Terus run jika anda muat turun versi .exe .

 

Langkah 4:
Sila lihat imej   ini di dalam Portal KKM.

 

Letakkan mouse di atas salah satu imej tersebut kemudian klik kanan, dan pilih "Copy Shortcut". Run RssReader dan pergi ke "add (+)" seterusnya klik kanan dan "paste" url dan tekan ok.

 

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari http://www.rssreader.com/ .


 


Kemaskini pada 2015-06-17 09:02:38 daripada Administrator

  •  
  • Email this page