MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan September 2011
Penerangan

 KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN SEPTEMBER, 2011

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan September, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 932 kompaun yang bernilai     RM 425,150.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 456.16 tiap kompaun. Sejumlah 202 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 62 kes  telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 21,750.00  denda dikenakan, iaitu purata dengan RM 350.86 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga September  tahun  2011   keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sejumlah 10,265 yang bernilai RM 4,388,590.00. Sejumlah 1,414 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  412  kes  telah disabitkan kesalahan oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM 181,214.00  denda  telah dikenakan.

 

2).     Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004)  daripada 4,081 lawatan pemeriksaan, sejumlah 894 kompaun bernilai RM 222,530.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM248.91 tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga September  tahun 2011, daripada  48,308   lawatan pemeriksaan, sejumlah 9,657 kompaun  telah dikeluarkan  bernilai   RM2,204,495.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 18  Oktober  2011

Ditambah pada 20-10-2011 04:00:00