MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan - Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Disember, 2011
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

  

PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN DISEMBER, 2011

  ________________________________________________________

 

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.

 

Bagi bulan Disember, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.

 

1).     Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 955 kompaun yang bernilai     RM 418,250.00  telah dikeluarkan  dengan purata RM 437.95 tiap kompaun.  Sejumlah 123 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah,  dan  dalam masa yang sama sebanyak 51 kes  telah disabitkan kesalahan termasuk 1 kes di penjara sehari dan sejumlah RM 17,590.00 denda dikenakan, iaitu purata RM 344.90 tiap denda.   Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga  Disember  tahun  2011   keseluruhan  kompaun  yang dikeluarkan adalah sejumlah 13,806 yang bernilai RM 6,049,679.00.  Sejumlah 1,934 kes telah didaftarkan  untuk  tindakan  mahkamah  dan dalam masa yang  sama  549  kes  telah disabitkan kesalahan oleh  mahkamah di mana sejumlah  RM 230,504.00  denda  telah dikenakan termasuk 1 kes di penjara.

 

2).     Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004,  daripada 3,189 lawatan pemeriksaan sejumlah 1,359 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama 1,032 kesalahan telah dikompaun sebanyak RM 214,290.00 dengan nilai purata RM207.64  tiap kompaun. Manakala  bagi  tempoh  Januari  sehingga Disember  tahun 2011, daripada  60,254   lawatan pemeriksaan, sejumlah 23,906 notis kesalahan dikeluarkan dan dalam masa yang sama sebanyak 13,241 kesalahan telah dikompaun dengan nilai   RM2,974,785.00.  

 

Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai serta  semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan  perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 Januari 2012

Ditambah pada 25-01-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran