MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Mengenai Isu Minyak Masak Terpakai Di Pasaran
Penerangan

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

ISU MINYAK MASAK TERPAKAI DI PASARAN

 

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan berhubung minyak masak terpakai di pasaran yang disiarkan oleh akhbar The Star bertarikh 29 Oktober 2013, Utusan Malaysia dan Berita Harian bertarikh 31 Oktober 2013. Laporan tersebut menyatakan bahawa terdapat minyak masak terpakai yang diproses semula untuk tujuan penjualan.

 

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983. Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak terpakai yang diproses semula yang boleh memudaratkan kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya.

 

 

 

Berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983, Kementerian Kesihatan telah menjalankan siasatan dan hasil daripada siasatan yang telah dijalankan mendapati sebanyak 149 premis repacker telah diperiksa dan tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak terpakai. Selain itu, pemeriksaan ke atas 305 premis makanan juga telah mendapati semua premis tersebut menggunakan minyak masak yang mempunyai label.

 

Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula termasuk alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau terus menelefon 03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my.

 

 

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

31 Oktober 2013

Ditambah pada 31-10-2013