MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Y.B. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi- Mengenai Insiden Nuklear Akibat Kejadian Gempabumi Dan Tsunami Di Jepun ( 26 Mac 2011, 3.00 Petang )
Penerangan

PRESS RELEASE

KENYATAAN AKHBAR

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN

GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN 

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

26 Mac 2011, 3 petang 

 

KEADAAN DI JEPUN

1.           Pada 25 Mac 2011 jam 10.00 malam waktu Malaysia, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah memaklumkan kepada Perwakilan-perwakilan Negara anggotanya termasuk kepada Kedutaan Besar Malaysia di Austria dan Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna (Malawakil Vienna) bahawa keadaan di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi tidak banyak berubah dalam tempoh 24 jam yang lepas, dan menunjukan tren  tren yang positif.

2.           Pihak berkuasa Jepun telah mengesahkan air paip di Jepun adalah selamat untuk diminum di mana bacaan sekarang adalah lebih rendah dari had yang dibenarkan untuk bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa meminum air paip di Jepun tidak membahayakan kesihatan.

3.           Berhubung dedahan ke atas dua orang pekerja di dalam dewan turbin Unit 3 dengan bacaan di antara 173 – 180 mili Sievert, IAEA memaklumkan bahawa sinaran beta yang diterima berkemungkinan berpunca dari aktiviti mencuci dan menyembur air ke atas turbin loji tersebut dan juga kebocoran pada kontaimen unit tersebut. Pengesahan mengenai bahan radioaktif yang terlibat memerlukan ujian lanjut dan masih belum dapat disahkan. Had dos untuk pekerja sinaran di dalam situasi kemalangan di bawah peraturan Jepun adalah 250 mili Sievert berbanding syor yang dikeluarkan oleh IAEA iaitu 500 mili Sievert..

4.           Pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan perintah larangan penjualan susu dari Fukushima dan Ibaraki dan beberapa jenis sayuran dari Fukushima, Ibaraki, Tochigi dan Gunma. Bagi produk pertanian dari Miyagi, Yamagata, Saitama, Chiba, Niigata dan Nagano pula, arahan persampelan dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

5.           Untuk hari ini, pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia tidak mengeluarkan  laporan mengenai perkembangan pergerakan bahan cemar radioaktif yang ada kesan kepada Malaysia. Ini disokong oleh pemonitoran oleh AELB yang sehingga kini menunjukkan bacaan pada paras normal.

 

TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:  

1.           MOSTI masih meneruskan pemantauan secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  pula memantau dari segi keselamatan makanan yang diimpot dari Jepun.

2.           Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal.

3.           Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 51 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Seramai 29 individu pula telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran.Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

4.           Dari segi keselamatan makanan, merujuk pada laporan akhbar Berita Harian pada hari ini 26 Mac 2011 mengenai produk sayur dan sos kuning berempah yang diimport dari Jepun yang dikesan tercemar dengan bahan radioaktif oleh pihak berkuasa di Singapura, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan supaya pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

5.           Sehingga kini sebanyak 37 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan.

6.           KKM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengekalkan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) di pintu-pintu masuk terhadap semua produk makanan dari Jepun.

7.           Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 begin_of_the_skype_highlighting   atau di 03-8922 5848end_of_the_skype_highlighting atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

8.         Maklumat teknikal boleh diperolehi di laman web;  

a)     Laman Web IAEA (www.iaea.org)

b)     Laman Web MOSTI (www.mosti.gov.my)

c)     Laman Web AELB (www.aelb.gov.my)

d)     Laman Web Nuklear Malaysia (www.nuclearmalaysia.gov.my)

e)     Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my)

f)      Laman Web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (http://fsq.moh.gov.my)

Ditambah pada 25-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}