MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Penguatkuasaan Larangan Penjualan Rokok Dalam Paket Kurang Daripada 20 Batang Bermula 2 Jun 2010
Penerangan
 JATA.gif

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel    :603-88832544
Faks    :603-88895601
E-mail    :hasar@moh.gov.my


KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

PENGUATKUASAAN LARANGAN PENJUALAN ROKOK

DALAM PAKET KURANG DARIPADA 20 BATANG

BERMULA 2 JUN 2010

 

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2010 telah membuat keputusan menarik balik pelanjutan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang daripada 31 Disember 2010 kepada 1 Jun 2010.

 

Selaras dengan keputusan ini, kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan bertarikh 29 Mei 2010 adalah dibatalkan. Seperti yang tuan-puan sedia maklum, larangan penjualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang melalui perlaksanaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang telah diwartakan pada 23 Septembar 2004.

 

Syarikat rokok, penjual rokok serta para pembeli rokok adalah diminta mengambil maklum larangan jualan rokok dalam paket kurang daripada 20 batang yang berkuatkuasa mulai 2 Jun 2010. Seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara maju, langkah ini bertujuan membendung kemudahcapaian rokok oleh golongan remaja dan mereka yang berpendapatan rendah. Tabiat merokok adalah amat merugikan selain dari memudaratkan kesihatan serta boleh menjejaskan tahap ekonomi perokok.

 

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

 

12 Jun 2010.

Ditambah pada 17-06-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran

  • {{field_96_337}}