MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) JANGKA PENDEK LUAR NEGARA TAJAAN JPA

 
HEBAHAN: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) JANGKA PENDEK
LUAR NEGARA TAJAAN JPA
 
·   Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiklankan tawaran Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Jangka Pendek Luar Negara pada 1 Julai 2015 dalam Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA bagi :
(a)  Program Pertukaran Belia Malaysia – Korea di Republik Korea Tahun 2015 bagi Kumpulan Pelaksanan (Gred 1-40) –(Muat turun dokumen)
(b)  Program Latihan Belia Muda – Policy on Information and Communication Technology Course di Jepun (Gred 41 dan ke atas) - (Muat turun dokumen)
(c)  Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48  - 54 -(Muat turun dokumen)

·  Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan layak mengikuti program tersebut berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPA diingatkan supaya memohon secara atas talian (online) di Portal JPA http://esila2.jpa.gov.my dan menyediakan dokumen-dokumen yang berkenaan (Mohon rujuk kepada Kit Dokumen yang telah disediakan bagi ketiga-tiga tawaran LDP). Tarikh tutup permohonan online adalah pada 10 Julai 2015 (Jumaat).
 
·  Setiap permohonan perlulah lengkap untuk mendapatkan perakuan Jawatankuasa Latihan Kementerian sebelum dipanjangkan kepada JPA. Oleh yang demikian, Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan berserta dengan dokumen-dokumen yang berkenaan sebelum atau pada 16 Julai 2015 (Khamis)Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan /Perkhidmatan, tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan lewat  tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.
 
Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh melayari Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA
 


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 








  •  
  • Print
  • Email this page