Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Pencalonan Bagi Mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea Di Republik Korea Tahun 2017 Untu


PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA
TAHUN 2017 UNTUK KUMPULAN PELAKSANA GRED 1 - 40

Untuk butiran lanjut sila klik pautan berikut : 

SURAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SURAT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan rujukan no. JPA(I)S.175/8/36-29/1 Klt.4(11)
bertarikh 20 Mac 2017 berhubung perkara yang tersebut di atas
(Surat edaran JPA dan KKM disertakan).

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa mana-mana pegawai yang berminat dan berkelayakan
dari Kumpulan Pelaksana Gred 1-40 untuk memohon bagi mengikuti kursus seperti di atas.

           

3.         Pegawai yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian (on-line) di Portal JPA,  http://esilav2.jpa.gov.my.
Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 31 Mac 2017 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap
diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM

dengan disertakan bersama-sama:

 

           i)              Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);

           ii)             Salinan senarai tugas; dan

           iii)            Salinan Kad Pengenalan calon.

 

4.         Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan
Jawatankuasa Latihan
sebelum atau pada 31 Mac 2017 (Jumaat) ke alamat berikut :-

                       

Setiausaha Bahagian
            Bahagian Pengurusan Latihan
            Kementerian Kesihatan Malaysia
            Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
            Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
            62675 Putrajaya.

(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)

 

5.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:

 

i)         Puan Noorfizawati Binti Saidin
No. Tel                        : 03-88850692
Emel                          : noorfizawati@moh.gov.my

 

ii)          Puan Nuraza binti Saidy
No. Tel                        : 03-88850706
Emel                          : azaazman@moh.gov.my


Kemaskini pada 2017-03-24 11:26:19 daripada Administrator

  •  
  • Email this page