Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Pencalonan Bagi Mengikuti Program Sangkutan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Di Syarikat-Syarikat Swas


YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,
 
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM SANGKUTAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN DI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA REPUBLIK PERSEKUTUAN JERMAN TAHUN 2018
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk surat daripada JPA(I)S.175/8/26-58 Klt.5(1) bertarikh 26 Mac 2018 mengenai perkara tersebut di atas. (surat JPA dan BPL turut dilampirkan)
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa JPA mempelawa pegawai daripada Kumpulan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48-54 yang berminat dan layak untuk mengikuti kursus seperti di atas.

3.
Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan pengurs-pengurus penjawat awam kepada persekitaran kerja, teknik-teknik pengurusan dan pemikiran sektor korporat Republik Persekutuan Jerman khususnya dan Eropah amnya. Selain itu program ini juga bertujuan untuk menjalinkan serta mengeratkan rangkaian perhubungan, kerjasama dan perantaraan perkhidmatan awam Malaysia dengan sektor korporat antarabangsa.

4.
Sehubungan dengan itu pegawai yang berminat dan berkelayakan boleh mengisi permohonan secara atas talian (on-line) di laman web JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Tarikh tutup permohonan atas talian (on-line) adalah pada 13 April 2018 (Jumaat). Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar ke Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dengan disertakan bersama-sama:
 
i)   Salinan Ijazah Pertama atau kelayakan yang setaraf dengannya;
ii)  Salinan Ijazah Sarjana (jika ada);
iii)  Salinan Ijazah Ph.D (jika ada);
iv)  Salinan Senarai Tugas (disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris);
v)   Borang CV (Appendix A);
vi)  Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B); dan
vii) Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C).

Surat JABATAN PERHIDMATAN AWAM
Surat BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
 
5.    Setiap permohonan perlulah lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 4 April 2018 (Rabu) ke alamat berikut :-
                       
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2)
 
6.         Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai  di bawah:
 
i)        Puan Noorfizawati Binti Saidin
          No. Tel            : 03-88850692
          Emel               : noorfizawati@moh.gov.my
 
ii)        Puan Nuraza binti Saidy
          No. Tel            : 03-88850706
          Emel               : azaazman@moh.gov.my


Kemaskini pada 2018-03-28 09:24:00 daripada Admin404

  •  
  • Email this page