Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN


30 Julai 2018
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
 
2. Urusetia JPPKK mohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perancangan Kementerian Kesihatan (JPPKK)  menghantarnya  kepada Urusetia JPPKK untuk tindakan selanjutnya.
 
3. Maklumat Terma Rujukan JPPKK dan Format Kertas kerja boleh dimuat turun (download) dari laman sesawang KKM.
 
4. Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 3 September 2018. Takwim mesyuarat JPPKK akan datang adalah pada 2 Oktober 2018 walaubagaimanapun  mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
 
Sebarang pertanyaan mengenai JPPKK boleh dikemukakan kepada pegawai berikut : 
 
i. Dr Najwa bt Misdan
   e-mel : najwa@moh.gov.my 
   Tel: 03-8883 2133           
           
ii. KJ Rohana Binti Shaari
    e-mel : rohana_s@moh.gov.my
    Tel : 03-8883 2137 
 
5. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.  
 
 
Sekian.
 
URUSETIA 
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JPPKK)
 

Kemaskini pada 2018-07-30 09:09:38 daripada Administrator

  •  
  • Email this page