Bahasa Melayu | English   | Lain-Lain Bahasa  
Arial| Verdana| Comic Sans Yellow Background Green Background Blue Background Red Background font_big font_middle font_small marron green blue refesh
header_new__logo

Iklan Kekosongan Jawatan Kader Pegawai Perubatan Gred Ud54 Di Agensi Pengurusan Bencana Malaysia


SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan Mengisi Jawatan Kader (Kementerian/Jabatan Luar) Bagi Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Iklan NADMA




IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER PEGAWAI PERUBATAN GRED UD54DI AGENSI PENGURUSAN BENCANA MALAYSIA


Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perubatan Gred UD54 yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengisi jawatan kader di Agensi Pengurusan Bencana Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kaedah penempatan jawatan Kader adalah sebagaimana penempatan/pertukaran biasa di mana ianya tidak melibatkan perbezaan gred dan gaji yang diterima.
SYARAT-SYARAT UMUM
a. Pegawai terdiri daripada skim Pegawai Perubatan di Gred UD54;
b. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib;
c. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tugas yang diberikan.


TUGAS-TUGAS PEGAWAI PERUBATAN (KADER) DI NADMA

Antara tugas-tugas Pegawai Perubatan (Kader) di agensi ini ialah:
i. Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal pengurusan bencana kesihatan termasuk pandemik dan biologi;
ii. Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal penyelarasan kluster kesihatan di Malaysia, termasuk kesihatan mental dan psikososial.
iii. Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal penyelarasan dan pengurusan bencana melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (termasuk CPRC), dan World Health Organisation (WHO).
iv. Mengurus, menyelaras dan memantau hal ehwal penyelarasan koordinasi dengan mana-mana agensi atau organisasi yang melibatkan kesihatan.
v. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Kesihatan berkaitan bencana biologikal, pengurusan kesihatan ketika bencana dan lain-lain.
vi. Mengurus dan menyelaras bantuan kemanusiaan dan bencana yang melibatkan Kluster Kesihatan.
vii. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan program Kluster Kesihatan.
viii. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.



Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan Borang Permohonan Mengisi Jawatan Kader (Kementerian/Jabatan Luar) Bagi Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikemukakan melalui Jabatan Kesihatan Negeri seterusnya ke Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia di talian 03-88832806 / 03-88832804
Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

TARIKH IKLAN : 26 September 2018
TARIKH TUTUP : 12 Oktober 2018

Kemaskini pada 2018-09-27 10:19:36 daripada Admin404

  •  
  • Email this page