Program KOSPEN WOW terbuka kepada semua agensi awam dan swasta. Mana- mana agensi yang berminat untuk melaksanakan Program KOSPEN WOW boleh berhubung terus dengan Sekretariat Program KOSPEN WOW, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar di Ibu pejabat KKM (IPKKM) atau di Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Perbincangan awal antara pegawai KKM dan pegawai bertanggungjawab agensi diadakan. Jawatankuasa pelaksana program KOSPEN WOW dibentuk dan pasukan penyelaras dilantik di peringkat agensi. Latihan kepada pasukan penyelaras KOSPEN WOW di peringkat agensi diberikan oleh KKM. Pasukan penyelaras akan melakukan saringan kesihatan kepada sebanyak mungkin pekerja-pekerja mereka. Seterusnya, daripada data saringan yang telah terkumpul, satu profil kesihatan bagi tempat kerja berkenaan dapat dijana dan dijadikan sebagai data asas bagi program ini. Kandungan Profil Kesihatan adalah seperti di bawah:
Profil Kesihatan ini juga dapat dijadikan sebagai panduan bagi merancang dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pekerja-pekerja melalui perlaksanaan skop-skop di dalam KOSPEN WOW. Keberkesanan program KOSPEN WOW dapat dinilai dengan menjana Profil Kesihatan Ulangan tempat kerja selepas perlaksanaan aktiviti-aktiviti KOSPEN WOW. Carta alir Perlaksanaan KOSPEN WOW adalah seperti di bawah: |
Kemaskini pada 2022-01-10 10:59:26 daripada kospenp_admin