Perkara : MAKLUM BALAS
Tajuk : PEKERJA UNIT FISIOTERAPI BERSIKAP KASAR
Akhbar : KOSMO
Tarikh Siaran : 4 JULAI 2012
Kategori : SMS
Dikeluarkan Oleh : DR ONG SEONG AUN
PEGAWAI PERUBATAN PENTADBIR
b.p PENGARAH
HOSPITAL KUALA KANGSAR
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Hospital Kuala Kangsar mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pengadu dan sentiasa bersedia membuat penambahbaikan untuk meningkatkan perkhidmatan di hospital ini.
Aduan ini telah diambil maklum dan diambil tindakan sewajarnya dengan memberi teguran dan nasihat kepada warga kerja Unit Fisioterapi supaya dapat memperbaiki komunikasi dengan pelanggan di masa akan datang. Walau bagaimanapun, disebabkan tiada maklumat lengkap mengenai pengadu, tindakan lanjut tidak dapat diambil.
Sekian, terima kasih.