MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Maklum Balas: Hasrat Jumpa Menteri Kesihatan

Perkara                      :           MAKLUM BALAS

 

Tajuk                          :          HASRAT JUMPA MENTERI KESIHATAN

 

Akhbar                       :           SINAR HARIAN

 

Tarikh Siaran               :           9 JULAI 2012

 

Kategori                     :           LAPORAN

 

Dikeluarkan Oleh         :           DR. HJH. SITI ZALEHA MOHD. SALLEH

                                             PENGARAH 

                                             HOSPITAL SELAYANG

 

Pihak Hospital Selayang ingin merujuk kepada artikel yang dikeluarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Julai 2012 bertajuk “Hasrat Jumpa Menteri Kesihatan”.  Adalah dimaklumkan Hospital Selayang telah berjaya mengesan alamat ibu bapa adik Nurul Huda melalui sistem rekod pesakit hospital setelah gagal menghubungi ibu bapa Nurul Huda melalui nombor telefon seperti yang tertera dalam akhbar bertarikh  9 Julai 2012 lalu. Pegawai Kerja Sosial Perubatan telah mengadakan lawatan ke rumah Nurul Huda pada  10 Julai 2012, jam 3.00 petang dan telah berjumpa dengan nenek Nurul Huda kerana pada ketika itu kedua ibu bapa Nurul Huda tiada di rumah.

 

Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan telah berjaya menemubual ibu bapa Nurul Huda iaitu Puan Adiana Othman dan Encik Zamary Adam yang kebetulan pasangan tersebut hadir ke Hospital Selayang pada 10 Julai 2012, jam 3.30 petang untuk mendapatkan surat rujukan anak kedua beliau Muhammad Amir bagi mendapatkan pandangan kedua dan rawatan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

 

Dua orang anak pasangan ini iaitu adik Nurul Huda merupakan pesakit di Hospital Selayang yang sedang menerima rawatan susulan di Jabatan Pediatrik dan Telinga, Hidung dan Tekak (Otorinolaringgologi).  Temujanji terakhir adik Nurul Huda ialah pada 26 Jun 2012 dan pihak hospital telah mengaturkan temujanji lebih awal untuk berjumpa dengan Pakar Perubatan Telinga, Hidung dan Tekak bagi merawat benjolan di leher adik Nurul Huda pada 17 Julai 2012 seperti yang diminta oleh ibu Nurul Huda.  Anak kedua pasangan tersebut adik Muhammad Amir juga merupakan pesakit Hospital Selayang yang sedang dalam rawatan susulan di beberapa Jabatan iaitu Urologi, Pediatrik, dan Dermatologi.  Manakala anak ketiga, Nurul Fatiha Zaney, adalah pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Jantung Negara (IJN).  Dalam perjumpaan ini tiada isu lain yang ditimbulkan oleh kedua ibu bapa pesakit dan memohon disegerakan rawatan adik Nurul Huda.


  •