Accessibility Tools
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Menyingkap tadbir sejarah, Bahagian Sumber Manusia (BSM) ditubuhkan untuk bertanggungjawab menguruskan sumber manusia bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selaras dengan itu, Bahagian ini sentiasa mengambil pelbagai inisiatif yang lebih proaktif dan berkesan bagi memantau aktiviti, isu dan cabaran berhubung pengurusan sumber manusia KKM melalui pelbagai platform yang disediakan.
Tambahan, laman web ini turut menyediakan kemudahan untuk berurusan secara atas talian seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan, membuat aduan terhadap sesuatu kemusykilan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna.
Melalui pembangunan Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia ini, ianya merupakan salah satu pemangkin transformasi penyampaian bahagian ini disamping sistem-sistem pengurusan sumber manusia sedia ada. Diharap melalui laman web ini, sebarang maklumat, berita, hebahan dan keputusan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dapat disebarkan dengan lebih meluas dan cepat kepada anggota KKM dan orang awam.
Selaku Ketua di bahagian ini, saya menaruh harapan melalui pembangunan laman web ini, Bahagian Sumber Manusia dapat menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan sejajar dengan hala tuju penubuhan dan strategik BSM, KKM.
Saya turut mengalu-alukan pandangan dan komen yang membina untuk memantapkan lagi laman web kami ini. Selamat melayari Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif.
Memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai struktur organisasi yang sesuai,efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran.
Memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang.
Aktiviti adalah satu operasi yang khusus di dalam sesebuah program yang bersama-sama dengan aktiviti-aktiviti yang lain di bawah program yang sama dapat membantu mencapai matlamat program berkenaan.
Alamat:
Aras 9 dan 10,
Blok E7,Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03 - 8000 8000
Faks : 03-
E-mel :
Laman Web : https://hq.moh.gov.my/bsm/