Accessibility Tools
𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗪𝗛𝗔𝟳𝟵: 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, kini berada di Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 (WHA79) yang berlangsung dari 18 hingga 23 Mei 2026.
Penyertaan Malaysia pada tahun ini menandakan komitmen penting dalam memperkukuh fasa baharu diplomasi kesihatan negara.
Agenda dan Fokus Utama:
📑 Penyampaian Kenyataan Negara (National Statement): YB Menteri Kesihatan dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada 19 Mei 2026 di hadapan para perwakilan antarabangsa.
📌 Teras Utama: Intipati ucapan akan memberi penekanan khusus kepada reformasi kesihatan berpaksikan rakyat serta memperkukuh akses kepada bantuan kemanusiaan di peringkat global.
Langkah ini adalah selaras dengan aspirasi KKM di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk membina sistem kesihatan yang lebih saksama, moden, dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
X
https://x.com/kkmputrajaya/status/2056371648014758098?s=46
FB
https://www.facebook.com/share/p/1CdrJcu3Ky/?mibextid=wwXIfr
IG
https://www.instagram.com/p/DYe3WEQEfpj/?igsh=MWVhemRmam9reG1iMw==


