Accessibility Tools
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
HEBAHAN IKLAN PEPERIKSAAN PEMBANTU HOSPITAL ESTET (PPHE) TAHUN 2026
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mempelawa Pembantu Hospital Estet (PHE) yang berdaftar dengan Lembaga Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghantar permohonan bagi menduduki Peperiksaan Pembantu Hospital Estet. Bersama-sama ini, dilampirkan lampiran Iklan Peperiksaan Pembantu Hospital Estet (PPHE) Tahun 2026 dan Borang Permohonan untuk Menduduki Peperiksaan Pembantu Hospital Estet untuk rujukan dan tindakan lanjut bagi yang berkenaan.
Sekian terima kasih.