Accessibility Tools

English

Language Settings

W3C

Image
Image
Image
Image

Tahun 2026

HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)

There is no translation available.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

HEBAHAN PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Urus setia JDPKK memohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) agar menghantar kertas kerja berkenaan kepada Urus setia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.

 

3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas Kerja terkini boleh dimuat turun (download) di pautan berikut:

i. Terma Rujukan JDPKK

ii. Format Kertas Kerja JDPKK

 

4. Terma Rujukan JDPKK Format Kertas kerja JDPKK Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 20 Mei 2026 (Rabu). Takwim mesyuarat JDPKK akan datang dijadualkan pada 5 Jun 2026 (Jumaat). Walau bagaimanapun, mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.

 

5. Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK ini boleh dikemukakan melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi pegawai tersebut seperti di talian berikut:

i. Dr. Hazwani binti Halim, Tel: 03-8883 2128 

ii. Sr. Nik Anita binti Nik Ngah, Tel: 03-8883 3754

 

6. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian terima kasih.

 

URUS SETIA MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)

 

 

 

Dr. ARIF
ARIF
(Asisten Responsif Interaktif KKM)
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html
custom_html