Accessibility Tools
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PELAWAAN BIASISWA KERAJAAN JEPUN 2027 (MONBUKAGAKUSHO:MEXT)
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kerajaan Jepun 2027 (Monbukagakusho : MEXT) bagi mengikuti pengajian pascasiswazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Humanities and Social Sciences serta Natural Sciences.
3. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.