Accessibility Tools
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM GUNASAMA DAN KADER) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA ATAU KEDOKTORAN (PH.D) SECARA SEPENUH MASA
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2026 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa.
3. Sehubungan itu, dilampirkan berikut hebahan penajaan tersebut untuk rujukan seterusnya. Kerjasama dan perhatian lanjut daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
PELAWAAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2026