Accessibility Tools
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan,
PELAWAAN PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI MANAGEMENT TRAINING PROGRAM FOR JUNIOR OFFICERS 2026 DAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME FOR MIDDLE MANAGEMENT LEVEL (MANAGERS) 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Japan InternationaI Cooperation Agency (JICA) akan menganjurkan Management Training Program for Junior Officer (Gred SSPA 9-11 @ setara) dan Leadership Development Programme for Middle Management Level (Gred SSPA 12-15 @ setara) di Jepun pada 28 September hingga 17 Oktober 2026 (tertakluk kepada perubahan dan pengesahan lanjut). Objektif utama kedua-dua program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan di Jepun di samping memperoleh pengetahuan berkaitan nilai-nilai positif masyarakat Jepun. Antara pengisian program adalah sesi kuliah, kajian kes, lawatan ke agensi kerajaan dan aktiviti bersama masyarakat setempat di Jepun.
3. Sehubungan itu, mana-mana pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat seperti di Lampiran A perlulah melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal penajaan.jpa.gov.my ber
(i) JICA Application Form (lengkap dengan gambar) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);
(ii) Salinan Passport/ MyKad - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);
(iii) Salinan Keputusan TOEFL/ TOEIC/ IELTS/ Ujian Bahasa Inggeris yang diiktiraf (sekiranya ada) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat);dan
(iv) Senarai Tugas/ Job Description (JD) - (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat).
4. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan, boleh berhubung dengan pegawai-pegawai seperti berikut:
(i) Puan Putri Sherina Aizat binti Abdul Aziz
No. Tel : 03-8885 0713
Emel :
(ii) Puan Noorfizawati binti Saidin
No. Tel : 03-8885 0692
Emel :
(iii) Puan Izazufiza binti Zulkeflee
No. Tel : 03-8885 0729
Emel :
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.