Kawalan kuantiti dan kualiti makanan yang diambil di tempat kerja banyak mempengaruhi status pemakanan kerana hampir separuh dari masa harian adalah dihabiskan di tempat kerja. Persekitaran yang menyokong ke arah makan secara sihat di tempat kerja akan membantu memperbaiki status kesihatan. Terdapat dua aktiviti utama dalam Skop Amalan Pemakanan Sihat iaitu;
Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) Berikut merupakan komponen penilaian PHSSM: i. Pelabelan kandungan kalori bagi setiap makanan dan minuman yang dihidang. ii. Menghidangkan buah-buahan iii. Menghidangkan sekurang-kurangnya 1 jenis sayur pada waktu makan utama. iv. Mengasingkan gula dan susu untuk minuman panas. v. Menyediakan air kosong
Kafeteria Sihat menggunakan konsep kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengusaha makanan. Majikan digalakkan untuk memperolehi pengiktirafan Kafeteria Sihat di tempat kerja. Ini penting bagi memastikan penyediaan makanan yang berkhasiat dengan pilihan yang lebih sihat. Kafeteria Sihat berkonsepkan :
Pelaksanaan konsep pemakanan sihat di tempat kerja bagi tempat kerja yang tidak mempunyai kafeteria Bagi setting yang tidak mempunyai kafeteria di tempat kerja, mereka masih boleh melaksanakan konsep pemakanan sihat kepada pekerja dengan mempromosikan konsep Pinggan Sihat Malaysia ‘Suku-suku Separuh’.
Cadangan kepada pihak majikan untuk melaksanakan konsep Pinggan Sihat Malaysia adalah dengan menyediakan makanan sihat berbungkus (Healthy Pack Meal) kepada pekerja. Makanan berbungkus berkenaan hendaklah disediakan berdasarkan kalori yang disarankan dengan saiz makanan mengikut konsep Suku-suku Separuh.
|
Kemaskini pada 2022-01-10 11:11:03 daripada kospenp_admin