Logo

 

  image  
 

Program KOSPEN WOW merupakan sebahagian daripada KOSPEN yang memfokuskan kepada warga kerja. Oleh itu, logo yang sama digunapakai dengan KOSPEN dengan penambahan perkataan ‘WOW’ dan moto iaitu “Towards the Wellness of  Workers”. Penggunaan WOW iaitu singkatan untuk ‘Wellness of Workers’ menggambarkan peranan program tersebut seperti penjelasan berikut:

  1. Penggunaan istilah ‘Wellness’ bersesuaian dengan program ini yang merangkumi pencegahan penyakit-penyakit dalam kalangan warga kerja termasuk modifikasi persekitaran tidak kira pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
  2. Warga kerja yang WOW juga adalah pekerja yang sihat, hebat dan produktif yang mempunyai faktor ‘WOW’ bagi mengekalkan kesihatan mereka.
  3. Penggunaan ‘WOW’ adalah dirasakan akan menarik perhatian warga kerja terutamanya golongan muda.
 
     
 

Penggunaan logo Program KOSPEN WOW boleh digunakan secara bersama logo agensi berkaitan apabila agensi tersebut telah bersetuju menerima pakai dan menerapkan Program KOSPEN WOW. Logo Program KOSPEN WOW dan KKM boleh juga digunakan apabila agensi memuat turun bahan pendidikan kesihatan, banner, bunting dan sebagainya dari laman sesawang KKM tanpa ada perubahan asal mahupun perkataan, gambar dan susun atur bahan terbitan KKM. 

 

 

 


Kemaskini pada 2023-09-27 09:41:08 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page