ANMS - Pendekatan Whole Of Nation

image

 

 

Pendekatan Whole Of Nation

 

 

Kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua rancangan pembangunan kerajaan/agensi  (Health in All Policy) melalui pendekatan Whole of Nation seperti berikut:

 

1. Pihak kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk merangka hala tuju dan strategi bagi menjayakan ANMS. Dasar, polisi, promosi dan inisiatif yang dilaksanakan hendaklah melibatkan kesemua pihak untuk menghasilkan impak yang dihasratkan. 

2. ​Pihak swasta memainkan peranan dalam membantu program yang dirancang oleh kerajaan dan sebaiknya dapat menggabungjalin perkhidmatan yang sedia dengan perkhidmatan oleh kerajaan demi manfaat rakyat.

​3. Badan-badan Bukan Kerajaan atau NGOs mempunyai peranan untuk menyokong ANMS dengan memberikan sokongan tambahan dalam bidang yang dikenalpasti. NGOs juga boleh bertindak menerajui pelaksanaan di komuniti dengan kerjasama semua pihak. 

4. ​Rakyat boleh memainkan peranan dengan mengerakkan usaha-usaha yang diterajui oleh mana-mana pihak dengan melibatkan diri dalam inisiatif yang diperkenalkan dalam ANMS.

 
 
 
 
 
 
 
 

image


Kemaskini pada 2021-10-21 10:30:29 daripada HECC

  •  
  • Print
  • Email this page