ANMS - Jawatankuasa ANMS

image

 

 

Jawatankuasa ANMS

 

Pada 16 Jun 2021, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ANMS bagi memastikan dasar, polisi, promosi dan inisiatif yang dirangka dapat dicapai dan selari dengan objektif yang dibentuk dalam membantu melahirkan rakyat  Malaysia Sihat Sejahtera.  

 

Peringkat Jawatankuasa:

            1. Jawatankuasa Kabinet ANMS

            2. Jawatankuasa Pemandu ANMS

 

Bagi menyelaras dan menyusun keutamaan hasil-hasil mesyuarat, satu mesyuarat Pre Council Jawatankuasa Kabinet ANMS yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negera akan diadakan terlebih dahulu bagi memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri berjalan dengan lancar.

 

Mesyuarat Teknikal ANMS Peringkat KKM dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan akan diadakan sebelum Mesyuarat Pemandu bagi meneliti dan menilai isu dan cadangan sebarang dasar, polisi , promosi dan inisiatif, mengenalpasti dan menyelaras sumber dan keperluan serta kemajuan ANMS.

 

Setiap kementerian  perlu menubuhkan Jawatankuasa Teknikal peringkat masing-masing berfungsi bagi membincangkan gerak kerja , membincang sebarang cadangan/usul dan memastikan pelaksanaan ANMS meliputi semua peringkat melibatkan rakan strategik berdasarkan polisi, promosi dan inisiatif yang dirancang. Setiap kementerian juga akan melaporkan pencapaian kemajuan ANMS dalam format laporan pencapaian dan akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diselaraskan bagi tujuan pengemaskinian pencapaian keseluruhan ANMS.

 

 

 

 

image


Kemaskini pada 2021-10-21 10:49:10 daripada HECC

  •  
  • Print
  • Email this page