ANMS - Let's TALK

image

 

 

Let's TALK

 

image

 

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ancaman kesihatan, kehilangan orang tersayang, kehilangan punca pendapatan dan kawalan pergerakkan. Di samping itu, pandemik ini juga telah meningkatkan tekanan emosi, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental setiap lapisan masyarakat di dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Media Let’s TALK Minda Sihat yang dilaksanakan selaras dengan Pelan Publisiti Kesihatan Mental di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Fasa pertama kempen ini menumpukan kepada golongan remaja dan dewasa bekerja.

 

Tujuan Kempen Media Let’s Talk Minda Sihat :

Menggalakkan rakyat mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental

Menggalakkan ahli keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mencapai kesejahteraan mental.

 

Perkataan TALK merujuk kepada:

 

image

 

Selari dengan motif kempen, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mempergiatkan promosi berkaitan kesejahteraan mental dan fizikal melalui mesej TAKE 5.

 

 

 

image


Kemaskini pada 2021-11-09 16:17:07 daripada HECC

  •  
  • Print
  • Email this page