Arkib 2021

image

 

 

Jelajah

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

 

 

Saringan Kesihatan | Wellness Studio | MyCHAMPION | Explorace | Zon Hijau |

Zon Kreatif | Zon Interaktif | Zon Aktif

 

 

 

Majlis Pelancaran

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

 

Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS  telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.
Penyertaan semua pihak ini adalah sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dan tanpa sokongan erat akan menjejaskan pencapaian ANMS untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan.

Sehubungan itu bagi mengukuhkan lagi peranan dan pelaksanaan ANMS ini, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ANMS pada 16 Jun 2021 seperti berikut:
i.    Jawatankuasa Kabinet ANMS, dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
ii.    Jawatankuasa Pemandu ANMS, dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan

ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

ANMS dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun. Penentuan bagi fasa adalah bergantung kepada isu kesihatan semasa.

 

Agenda Nasional Malaysia Sihat

diperkasa 

 

Ogos 27,2021

 

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana menteri berkata, ia berikutan berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia semua pihak akan hidup bersama COVID-19 sebagai endemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

 

 

 

 

Fasa Pelaksanaan ANMS

10 Tahun 2 Penggal 4 Fasa

 

image

image

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

Kemaskini pada 2023-05-18 15:04:41 daripada HECC

  •  
  • Print
  • Email this page