Bahagian Pendidikan Kesihatan
Pengenalan
Bahagian Pendidikan Kesihatan berperanan memperkukuh literasi kesihatan rakyat melalui usaha pemerkasaan dan mobilisasi komuniti secara berterusan. Pelaksanaan promosi dan pendidikan kesihatan diperkukuh melalui aktiviti advokasi serta kolaborasi strategik di peringkat nasional dan global bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Pendekatan promosi kesihatan berasaskan sains tingkah laku yang mengintegrasikan Behavioural Insights diguna pakai sebagai asas dalam pembangunan dasar, perancangan polisi dan pelaksanaan intervensi kesihatan. Strategi ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat secara menyeluruh melalui pendekatan Whole of Nation.
Visi, Misi & Objektif
- Menjadi pusat kecermelangan dalam promosi kesihatan untuk memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia
- Meningkatkan Literasi kesihatan rakyat untuk perubahan tingkah laku kesihatan
- Menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pemerkasaan komuniti bagi membolehkan mereka bertindak ke atas penentu kesihatan
- Memupuk budaya hidup sihat melalui bina upaya kemahiran rakyat
- Mengukuhkan perkongsian pintar antara sector awam, swasta dan NGO untuk bersama-sama mempromosikan kesihatan kepada rakyat Malaysia
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Teras Bahagian Pendidikan Kesihatan:
Permohonan Perkhidmatan Promosi Kesihatan daripada pihak luar diberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Soalan Lazim
Dalam proses kemaskini.
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1-3, Blok E10,
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03-8883 4515











