Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Pengenalan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) merupakan bahagian di bawah Program Perubatan yang bertanggungjawab meneraju pembangunan dan pengawalseliaan sektor Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di Malaysia. Antara fungsi utama BPTK adalah seperti berikut:
- Merancang dan menggubal dasar serta hala tuju strategik PT&K selaras dengan dasar kesihatan negara dan keperluan semasa perkhidmatan kesihatan.
- Menyelaras perkembangan dan pelaksanaan perkhidmatan PT&K di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan akses perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
- Mengendalikan proses pendaftaran pengamal PT&K dan menguruskan perkara berkaitan etika dan tindakan tatatertib terhadap pengamal.
- Menjalankan penilaian dan pengiktirafan amalan PT&K serta membangunkan garis panduan dan standard amalan berasaskan bukti (evidence-based).
- Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap pengamal PT&K bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
- Membangunkan modal insan dan kompetensi berkaitan bidang PT&K melalui latihan, pendidikan dan program peningkatan profesionalisme.
Visi, Misi & Objektif
-
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari beriltizam menjadi peneraju kecemerlangan dalam perubatan tradisional dan komplementari.
- Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari akan memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkualiti ke arah kesejahteraan rakyat.
-
Memastikan amalan PT&K mematuhi perundangan dan peraturan-peraturan sedia ada;
-
Mengoptimakan integrasi perkhidmatan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan;
-
Memperkasa pengamal dan perkhidmatan PT&K ke arah professionalisme
-
Mewujudkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai sektor untuk perkembangan PT&K.
-
Memperkasa pengetahuan pengguna berkenaan PT&K yang selamat dan berkualiti
Piagam Pelanggan
- Memastikan 90% permohonan pendaftaran pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 60 hari dari tarikh penerimaan permohonan lengkap
- Memastikan 100% surat maklum balas pengamal PT&K warga asing diproses dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.
- Memastikan 100% maklum balas awal terhadap aduan berkaitan amalan dan pengamal PT&K diberikan dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
- Memastikan 100% bayaran bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan invois yang lengkap dan sah.
Soalan Lazim
Pengamal PT&K yang mengamal dalam bidang amalan diiktiraf sahaja dibenarkan berdaftar di bawah Majlis PT&K
Hubungi Kami
Alamat:
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Blok E, Jalan Cenderasari,
50590 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2279 8100
E-mel : tcm[at]moh[dot]gov[dot]my
Laman Web : https://www.moh.gov.my/info-korporat/maklumat-bahagian/bahagian-perubatan-tradisional-dan-komplementari











