Unit Integriti
Pengenalan
Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam selaras Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SP.1.2.1.
Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
1. Tadbir Urus: Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan;
2. Pengukuhan Integriti: Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
3. Pengesanan dan Pengesahan:
(a) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
(b) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
4. Pengurusan Aduan: Mengurus penerimaan maklumat/aduan mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
5. Pematuhan: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan
6. Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kerja-kerja pengurusan tatatertib.
Visi, Misi & Objektif
Memperkasakan integriti KKM dan melestarikan kecemerlangan perkhidmatan awam.
Membudayakan integriti di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk menyediakan khidmat pengurusan integriti yang cekap dan berkesan.
Piagam Pelanggan
Unit Integriti tekad untuk membudayakan amalan integriti, mencegah salah guna kuasa serta memastikan perkhidmatan penyampaian aduan integriti dikendalikan secara adil, saksama dan beretika.
Carta Organisasi

Unit Integriti bertanggungjawab menguruskan tadbir urus terbaik, pengukuhan integriti, pengesanan dan verifikasi aduan integriti, pengurusan kes-kes tatatertib serta pencegahan salah guna kuasa dan rasuah di dalam organisasi.
Hubungi Kami
Alamat:
Aras 5,
Blok E3,Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Tel : 03 - 8892 4990 / 4991
E-mel :










